Instagram : @peejburhan

cerpen : shopaholic kah?



sejak dah pakai tudung ni memang aku takda baju sangat nak pakai.
sebab sebelum ni baju semua ciri-ciri tak muslimah compliance. haha.
so hanya mampu ulang-ulang je apa baju yang ada.
sampai sendiri nak muntah sebab dok rotate 6-7 baju yang sama je ulang-ulang.

last time aku shopping pulak adalah 2 weeks before aku decide untuk pakai tudung.
i mean shopping baju proper la. so hanya some dpd apa shopping tu je boleh pakai.
ada la shopping kat kedai murah2 baju lepas2 tu.
tapi tau la dah kata murah. tetiba butang tercabut la. tetiba lengan sebelah ok, sebelah lg sendat. (read: sejenis perangai tak suka test baju sebelum beli)

since sekarang ni asyik la meeting sana sini, jumpa orang sana sini. aku kelihatan seperti bibik tanpa permit. ngeri sangat rupa. so harus shopping.

kisahnya last week ke klcc la nak shopping kat Flow.
aku suka Flow sebab baju dia lawa n aku dah tau size aku. so senang.
tapi ngeri weyh dah la bawak anak ngan stroller bagai.
aku yakin aku tau kedai tu kat mana.
so naik la lift.
sekali naik tingkat 2 takda pulak kedai tu. ehhh. mana lak perginya.

kau tau la naik lift ni hazab macam mana.
dah la tunggu lama. tetiba penuh kena tunggu.
tapi takda choice sebab kau bawak stroller kan.
aku cakap kat laki aku. tingkat atas kot.
taknak tunggu lift laki aku malas.
so aku dukung hannah. dia angkat stroller tu naik escalator.
sebab escalator klcc memang takleh lalu stroller sebab ada palang tu.
plus aku pun tak suka sebenarnya. aku seriau n ngeri.
pastu naik tingkat 3 tetiba takda jugak kedai Flow tu. WHATTTTT???
eeeee takutnya nak cakap maybe kat tingkat 1 kot.

laki aku dah ala-ala bengang.
nak taknak naik la lidt ke tingkat 1 balik.
n guess whatttt???
takda jugak kedai tu.
aku dah macam...eh kat wing satu lagi ke apa?
klcc adalah rumah kedua aku. takkan la aku leh lupa pulak.
takut laki marah terus cakap takpa la tak payah.
lain kali je aku pergi sendiri ngan kawan-kawan aku. *mata ke atas*

dalam pada tu tetap tak puas hati. mana pergi kedai ni.
tukar location ke apa.
so teruskan perjalanan ke tempat lain.
lepas tu rehat. laju-laju google pasal store location.



Oh Emmmm Geee...memang dah takda kat KLCC kedai tu. WTH..
aku tengok yang ada kat PAvi, Sogo n Mid Valley kot kat KL ni.
eeee annoying tau. yang laki aku kata jom pergi Pavi.
ingat aku rajin?
kosser ye. tak payahhhhh.
so lupakan je la.

kita teruskan kehidupan ngan melepak je la.
makan-makan n minum minum cuci mata laki bini.
ramai pulak hari tu celebrity n instagram celebrity kat aseana hari tu.
dasyat.


Alhamdulillah hannah now dah 6 months n 17 days.
berat few days back pergi check adalah 7.7kg n tinggi dia 71cm.
kemain aktif dia now. sesak napas semua orang nak menjaga dia.
sentiasa nak berdiri n meniti tepi sofa ke apa je la yang boleh panjat
n merangkak laju ke sana sini.
takleh duduk diam dah.



konsep selfie masa kini.
hari tu saje testing style baru tudung.
ala-ala nampak inner feeling neelofa. kah kah kah.

so anyway.
lupakan kisah keluar nak shopping tak jadi tu.
hari di teruskan dengan bekerja.

until today.
aku sorang kat office.
sebab partners ada meeting kat kedah.
dorang ajak, as usual aku tak kuasa. sebab takpa 2 orang pun boleh handle.
takyah nak ramai2 semak2. i biarkan di office buat kerja lain.

memang bagus sebab 80% kerja aku siap.
tak sabar nak eksyen n submit ngan dorang esok.
mesti dorang stress sebab dorang punya tak siap lagi. kah kah kah.

then ada masa terluang pulak lepas kerja siap.
kau tau apa kak jah buat?
kak jah bukak website flow weyhhh.
dan bermula la operasi online shopping.

aku memang jarang shopping.
bila aku kata jarang tu. tu bermakna aku hanya shopping 1-2 kali je setahun.
di ulangi SETAHUN ye.
so bila aku shopping. aku suka grab banyak2 senang, boleh pakai setahun terus. hahaha.
tapi masalahnya bila kau main grab je.
kau macam tak sedarkan diri.

aku jenis tak tengok harga.
rasa lawa terus masuk cart.
masuk dan masuk...dan masuk lagi.
pastu aku terkejut. hahahaha



kau tengok atas kanan tu.
tetiba ada 20 items dalam cart aku.
kau dah tebiat?????
pastu terperanjat sebab woiii kejadah sampai beribu2 ringgit ni. hahaha

pastu dah kemain shopping tetiba pulak baru jumpa tab SALE.
bukak sale items tengok semua range rm50-rm80 baju.
apa lagi makin gigih masukkan dalam cart.
last sekali bukak balik cart so mari slash mana tak perlu sangat.

so bukak tengok mana yang harga atas rm100 n tak masuk akal mari remove.
setelah remove dan sebagainya...akhirnya i shopping 18 items weyh/
bu amazingly adalah sangat murah sebabbbbbbbb tengah SALLLEEEEEE gila.

so sesiapa suka tanya baju aku selalu beli mana.
mohon bukak websiti flow now. http://www.flowclothing.com/
terus check out kat SALE tu.
eh harap maklum FLow ni untuk orang badan besar yea.
korang kurus takyah la sibuk. tak jumpa size.

tapi serious lawa-lawa n murah.
pastu geram sebab new arrival pun banyak lawa
tapi i terpaksa remove daripada cart sebab Total tadi macam menempah maut.

aku tak sure nak consider perangai aku ni apa?
nak kata shopaholic tak gak kan? sebab aku hanya shopping sekali sekala je.
tapi nak panggil sejenis kegilaan apakah ini? jenis sekali dia shopping memang tak pandang kiri kanan.
sejenis rasukan mungkin?

akhir kata...mohon parcel i dapat secepat mungkin.
fuuhhh kiri...fuhhhh kanan.




Mohon di permudahkan semuanya untuk kami

lama sangat aku tak bersiaran kan.
hati memang dah takda..
kalau ada hati pun tapi masa tidak mengizinkan.

tapi today free.
n hati sebak menangis keseorangan ni.
so marilah kita update kisah sebak ini.

lately ni hati tah kenapa sedihhhh sangat-sangat la.
asyik teringat n rindu sangat-sangat kat papa.
especially bila tengok Hannah.
Hannah tu mata jenis sedih. sebijik macam mata papa.
so tengok Hannah lagi rindu kat papa.

family aku memang happy sangat dengan kehadiran Hannah.
memang buah hati pengarang jantung semua orang la.
bila tengok mama lawan tak sihat dia tu, tetap nak layan Hannah.
wondering kalau papa still ada macam mana la pulak agaknya.
ye la both parents aku tak merasa berkasih sayang dengan cucu kan.
sama jugak dengan adik beradik semua. kita orang mana pernah layan anak buah/anak mengadap 24/7 daripada kecik sampai besar.
so memang celik mata ke, balik kerja ke apa semua mesti carik Hannah dulu la. heheh.

Alhamdulillah Hannah less than 2 weeks nak masuk 6 bulan dah.
kejap je rasa.
progress pulak terlalu cepat dia ni.
merangkak memang dah seantero tempat dah.
pastu now asyik nak berdiri je. dia akan panjat badan orang, tepi sofa ke apa untuk dia berdiri.
pitam kan. padahal baru 5 bulan lebih.
now nak pakaikan diapers n baju pun kemain payah. asyik nak berpusing, duduk n pergi sana sini.
dah terjerit2 macam orang gila aku.
penat weyhhhhhh.

paling baru semalam dia dah pandai nyahut kalau kita orang tanya, "hannah manaaa?? mana hannahhhh???"
kemain dia "uhhhh"..."uhhhhh"
sampai kita pandang dia. bila pandang dia senyum.
uihhhh pandai sangat ni. eeee geram.

eee sayang sangat.
pastu nanti kejap-kejap macam tak percaya eh kenapa ada budak kecik kat dalam rumah ni?
kenapa tetiba ada budak kecik elok melentok kat badan aku sambil pandang aku ni?
so surreal.

penat n rasa takda masa je untuk diri sendiri.
but of coz it is all worth it.
Alhamdulillah jugak sebab aku ada support system yang sangat kuat.
Family aku n suami aku sangat la membantu sangat dalam menjaga n besarkan Hannah sama-sama.
kalau mak sorang handle, mak akan pitam. sebab iolls #mudahstress hahahaha
ada sekali tu semua takda aku kena jaga dia seharian. oiiii penat.
pastu dia kan asyik berpusing nak merangkak.
aku penat kejar, angkat n letak balik dia. *tapi tetap tak kurus*
last aku sendal dia ngan bantal belah sana, belah sini aku baring.
so dia takleh bergerak or pusing.
menjerit2 dia nak gerak tak boleh.
dia jerit, aku jerit.
dia jerit kuat lagi, aku jerit kuat daripada dia.
pastu cakap, ingat hannah je ke boleh jerit? jom lawan.
amik kau lawan jerit lelama sampai nangis dia. kah kah kah.
#makpembuli

eeee geram budak tu.
eh type semua ni tersenyum pulak aku.
walaupun asal memula buat entry ni dengan perasaan hiba dan tengah menangis.

kisahnya. aku rasa mostly korang tau kehadiran Hannah anak syurga ni dalam hidup kami.
aku tak pernah detail bagi tau. sebab biarlah aku simpan sesama keluarga.
tak semua benda aku suka share.
tapi most of u peeps get the idea.
thanks untuk semua yang hormat n takda bezakan dia n tak tanya aku soalan pelik.
untuk yang kurang sensetif bagi statement menyentap kat aku, yes aku sentap tapi aku maafkan korang.
nak buat macam mana kalau dah dasar mulut takda insurance kan.

besar tanggungjawab kami. ingat aku tak pikir ke semua benda.
macam mana itu. macam mana ni.
dah besar macam mana semua aku pikir.
amanah yang Allah bagi kat kami lagi berat sebenarnya.
tapi sendiri simpan dan hadapi.

aku memang niat nak buatkan aqiqah untuk Hannah n doa selamat.
small majlis for her, aku pun taknak majlis besar-besar.
sebab? sebab aku malas nak layan soalan ala2 terkejut manusia. nak je aku tampar.
so cukup sekadar few close friends, family n jiran tetangga.

tapi tu la kak jah sibuk bak ang asyik tertangguh n tak tau bilanya nak buat.
plan dari december bawak ke january sampai sekarang dah masuk febuari pun. hahah gagal betul.
then tetiba noy tanya bilanya kau ni?
aku cakap bulan ni memang tak free kecuali 1 minggu tu je.
terus noy kata dah amik tarikh tu je. haaa really?
ok fine.
so terus contact caterer kambing.
Alhamdulillah tarikh tu boleh.
now baru nak carik catering. pitam. harap ada la yang available.
kakak ipar aku kak shida memang buat catering gak, tapi taknak susahkan dia.
kalau boleh nak dia datang as tetamu jugak. gituh.

so nway, lepas settle hal kambing.
orang tu mintak nama aku, n nama anak semua.
then aku letak la. then part nama hannah tu takda binti.
rasa pelik. ingat nak letak je apa-apa.
tapi hakikatnya ikut pendaftaran nama dia memang nama dia sesaja for the time being.
terus aku delete n biarkan nama aku pun takda binti.
so takda nampak pelik sangat. sedapkan hati aku sendiri.
then aku send whatsapp tu.

then semalam sembang ngan mama.
mama cakap dia sedih.
aku tanya kenapa? dia kata nak baca doa selamat nanti nama hannah takda binti.
aku macam takpa la. memang takda pun.
orang faham kot. tak pun letak je binti apa2 nama Allah dulu.
mama kata ye lah.
tengok hannah dok terpanjat sana sini senyum gelak semua rasa sebak pulak.
dia tak tau apa-apa pun.
pastu habis situ.

then today orang kambing tu reply whatsapp aku today.
mintak aku bagi nama full hannah please sebab dia nak niatkan akikah nanti.
aku macam tersentak. bukan sebab apa.
sebab terus sedih sebak semua la. sebab aku tak boleh bagi buat masa ni.
hakikatnya tu je la nama yang dia ada, nama penuh dia yang aku bagi.
selepas 2 tahun bila pengangkatan baru akan bintikan dia dengan Nama Allah.
buat masa ni belum pilih pun lagi.

Terus aku jawab situasi aku n kata tu nama dia yang berdaftar.
takda nama lain.
kalau nak bintikan jugak, boleh la bintikan Abdullah.

orang tu mintak maaf sebab dia tak tau.
takpa la aku tak salahkan dia. memang dia tak tau la.
mana pulak dia nak tau.
lainlah aku memang tahap glamour mengalahkan Neelofa lak kan.

tapi tah kenapa takleh kawal lak perasaan
tak pasal aku menangis2 lak.
sebab sedih.
aku pun tak sure napa aku sedih.
tapi aku sedih sangat.

i dont know what future holds for her.
aku cuma berharap n berdoa dia di lindungi olehNya
di jauhkan dari orang-orang jahat dan bermulut keji
aku juga doa dia membesar sayang kat kami semua macam mana kami sayang kat dia.
but then again. aku hanya mampu doa n bagi terbaik. Allah menentukan segalanya.


ni la kesayangan buah hati aku. dedua sekali.
Alhamdulillah ngan keluarga kecik ni.
pun dah bersyukur n happy sangat. cukup la kot.
bak kata ben yang tak sudah2 nyanyi untuk hannah, "ni la satu-satunya anak daddy" hehehe.
rezeki Allah tak tau lagi. mana tau tetiba lepas ni berderet-deret lain kan.
tapi ikut mummy ni, cukuplah Hannah sorang je. heheh

Moga Allah permudahkan semua urusan kami membesarkan Hannah.
dan semoga anak mummy membesar dengan sihat, sempurna, menjadi anak yang baik.
Aamiin. Insyallah.

ok sekian luahan hati iolls yang lara ini.
bila check hp app period, memang dah due sangat.
patutlah PMS rupanya.
patutlah hati tisu sangat pulak lately ni.
mohon kak jah bertenang dan tabah. heheh.





hari jumaat yang pelbagai pancaroba. wooow tajuk.

salam jumaat semua.
ramai seronok la kan esok dah weekend.

tolonglah aku sangap ni tak tau nak buat apa.
sebab business partners semua bercuti.
so takda urusan perbincangan kerja langsung.
sunyi sepi office n whatsapp group.

aku lak ada masalah ngan credit card baru aku.
takleh nak guna untuk buat ads.
so kat situ kerja aku dah sangkut.
so basically aku datang office ni terasa melangok pulak.

elly pulak sebelum cuti semua kerja dia dah settlekan.
so kak jah tak tau nak buat apa. hahah.
dah biasa kau kerja non stop.
takda kerja ni terus rasa mati akal n depress. kau boleh?

ok takda la depress nau. tapi sebab bilik ni kan gelas.
abis dah semua pekerja buat kerja bersungguh2 kat luar.
boss lak elok melanguk je.
ada rasa nak tolong dorang buat kerja.
tapi terpikir eh dah bayar pekerja buat kerja, dah kenapa kau nak buat jugak kan?

so mari layan movie.
ok layann. pastu baru tengok sikit aku rasa serba salah.
dah la sambil tengok movie kemain mulut mengunyah asam2 la, makan keropok ikan la.
tak ke menyirap kalau orang tengok?
amboi macam pergi cinema siap popcorn kau kan?
hahaha ke dorang tak heran tapi aku yang imaginasi lebih?

terus aku stop kan movie n bukak internet.
pastu melangok lagi tak tau nak buat apa weyhhh.
pastu aku print cuti2 untuk 2017. tampal kat notice board.
konon 'busy' bebenor la tu. hahah setan.
pastu aku rasa bangang lagi. apa lagi nak buat ni?
muka kena serious n ala-ala sibuk konon.
haaaaaaa..maka terjadilah entry ni uolls.
untung korang ye. sebab aku seorang boss yang paranoid.
maka aku purak2 busy n type entry ni tau.
padahal bukak blog pun ala2 dah tak kuasa ni.

tapi ada cerita bongok tadi.
dorang keluar lunch. ajak la aku sekali.
tapi aku belum lapar.
plus time tu aku layan tv series empire latest episode tu online.
so lets habiskan layan dulu.
nanti pikir la nak makan ke apa.

so aku sorang la kat office.
tetiba door bell berbunyi.
oh mannn. siapa lak ni?
malas nak layan. dah la lunch hour ni.
malas nak tengok terus.
sebab nanti orang tu jenguk2 nampak lak orang dalam opis ni.
so mari intip dari tingkap kecik.
intip tengok eh ni macam pekerja aku ni.
ok meh bukak pintu. kelam kabut aku nak bukak sebab kang dia ingat kosong pulak.

belakang aku pulak ada kotak besar. bebudak ni buat kerja apa tah.
oh lipat kotak. so campak ke dalam kotak besar tu la.
harap maklum kotak tu besar, kotak MG movers.
kelam kabut sangat nak bukak pintu aku lupa ada kotak belakang aku.
so aku reverse tu aku terlanggar kotak tu.
elok lak kotak tu kena belakang lutut kau tu. memang kelam kabut la cuba selamatkan diri.
badan je besar peti ais kan. kau ingat aku punya ilmu balance hebat?
jawapannya aku terjatuh terbaring masuk dalam kotak tu..siap kaki n tangan terangkat kat atas.
pakej koyak kotak tu. eeeeeiiii ngeri tu.

tetap aku bangun n pergi bukak pintu.
sekali tengok laki aku yang datang.
terus bengang ngan dia. sebab dia datang la aku jatuh dalam kotak tau.
hahaha motip nak salahkan laki??
aku cerita kat dia dah dedua gelak bagai nak gila.
sebab kesiang tengok rupa kotak yang jadi mangsa tu.

setan sangat sampai sekarang aku bayangkan aku tergelak je.
eeeiii nasib area tu belum pasang cctv.
bayangkan if ada n boleh tengok n ulang2.
ngerinya rupa si peti ais gedebabbbb jatuh masuk kotak.

tu takpa. pekerja balik aku cerita la. dah memasing gelak.
pastu sorang tu siap cakap, patut la tengok apesal kotak ni koyak.
tapi rasanya pergi elok aje. tapi taknak la tanya.
hahahahahhahahahahaha tak sukaaaaaaa!!!!!

kisah hari jumaat ku.
ni entry aku dah nak habis bebel dah ni.
so now what?
apa lagi aku kena buat supaya nampak macam aku busy bebenor?
teruk betul la masalah aku ni kan?
banyak kerja pun payah, tak tau nak buat kerja apa ni pun payah jugak kan?
heheh.


hampir berakhirnya 2016

sekejap je dah nak berakhir 2016 kan.
in few weeks je kita nak masuk 2017.
tahun yang membawa seribu satu makna untuk aku.

sibuk memang sibuk. tapi sibuk yang berbaloi.
ada rasa happy.
ada jugak rasa tak larat. ada time yang rasa sangat depress n down.
tahun yang aku bergelar ibu.
tahun yang aku rasa pengorbanan aku sangat tinggi.
sebelum ni berkorban banyak dari segi wang ringgit dan keinginan diri.
kali ni berkorban masa pulak.

takda lagi istilah masa untuk diri sendiri.
penat rasa nak jerit kadang.
but then again, Allah takkan bagi sesuatu yang kita tak boleh handle.
no more leisure time. dah lama tak keluar lewat malam.
lepak karaoke, lepak tengok wayang ke apa semua.
kat rumah nak online layan tv series n movies pun takda masa.
sebab by the time free aku dah terlalu penat n tidur.

hannah memang kurniaan terindah dari Allah SWT.
bukan untuk aku suami isteri je.
tapi untuk semua family aku.
she is such a lovely baby.
takda meragam. takda menangis ke apa.
elok je semua. tidur pun elok takda bangun ke apa.
bangun pun terus senyum n ceria.

Insyallah minggu ni masuk 4 bulan dah dia.
kejap je rasa. daripada sekecil tapak tangan orang kata.
sekarang kus mangat bukan main. tak larat mak eh nak duduk selalu.
dah taknak baring sangat. lebih suka duduk or meniarap.

baring pun tinggal kejap je tau-tau dah 2 meter dia bergerak.
tidur dalam kelambu pun, tetiba tengok elok kelambu kosong. dia dah jauh daripada kelambu.
hahaha comel.
sekarang ni tu je la hiburan kami sekeluarga.
melayan telatah dia.

aku memang banyak share pics dia kat Instagram aku.
banyak sangat sampai kadang segan nak share nanti orang meluat ke apa. hahah.
so kita share instagram stories je.
so mohon la korang follow ig aku ye. https://www.instagram.com/peejburhan/
sebab aku tak kuasa nak upload pic kat sini.
n serious korang...aku rasa zaman blog dah krikk krikk krikk sangat. hahaha.
rasa nak tutup blog pun ada.
sebab terlalu lama blog ni. banyak sangat kisah2 yang lama terkubur.
serta pics dpd zaman jahiliah dulu. nak delete jenuh weyh.
nanti aku carik la cara nak buat.
tapi hati itu sudah tiada.
so siapa yang nak ikut cerita cerita kak jah melalui instagram or fb je la.
fb pulak terlalu banyak orang add friend.
aku sampai tak larat nak approve.
so andai kata korang masih tak di approve bawak bersabar la ye.
tak sanggup.

semakin lama semakin tua ni semakin buta i.t lak rasa.
dulu kemain hebat aku buat layout blog sendiri pun aku terel.
now nak tukar apa pun tak tau.
aku nak tukar dah header blog ni. tapi since template ni orang buat.
sumpah aku tak tau kat celah mana nak tukar. hahah macam mana tu?

rasa macam ada bermacam benda nak cerita.
tapi bila dah type ni, tetiba aku macam tak tau nak cerita apa. haha.
apa benda nak cerita yea? macam takda apa yang menarik je nak cerita.

ihhh teruk sangat otak ni.
otak aku 3 segi je pusingan dia.
business, anak, family. lain daripada tu takda pikir.

ok la tetiba kak jah blur tak tau nak celoteh apa.
n tetiba teringat kerja yang perlu di uruskan.
semoga sempat berjumpa lagi kat blog ni di tahun 2016 ye.
kalau tak jumpa la kita tahun 2017 nanti. kah kah kah.


Bila cakap orang tak percaya...tapi seriousslyyyy...

ok now i bersiaran.
pun sebab aku tadi lepas balik kerja dapat tidur dalam sejam.
sebab noy bawak hannah keluar berjalan sakan.
so aku dapat rest. so now even dah lewat. rasa segar pulak. heheh.
so marilah update blog.
yang pic half of it aku dah masukkan since 2-3 minggu lepas ye. amikkau.
tapi sebab nak update ni aku masukkan sekali yang latest.

bila ramai bising suruh aku update blog la apa.
aku bukan melupakan blog.
kadang duduk saje tu. mencurah-curah je idea memacam rasa nak blog.
tapi masa mencemburui ku.

bak kata orang. takda me time ye.
siang aku memang kerja. n kerja tu bukan sambil goyang bontot bersuka ria.
harap maklum kami baru bertapak dalam dunia perniagaan.
semua kita masih bersusah payah sama-sama buat sendiri.
walaupun ada staff. still main stuff yang penting2 masih handle sendiri.
bagus sebab kita tau semua selok belok semua.

contoh pagi aku rasa aku free ok boleh update.
tetiba datang benda itu ini.
settle benda tu. tetiba elly ajak jumpa client.
or tetiba nanti ada orang datang office pulak ada appointment nak jumpa, or ada kerja-kerja lain nak settle.
sedar-sedar bbila dah free konon leh update blog. tau-tau nak balik keroje dah kau. haha.

balik je kerja mengadap anak.
bagi susu, mandi..susu..tidurkan.
dah la si kecik ni nap jenis 15-30 minutes je. so jangan mimpi kau nak pegang laptop ke apa.
takda ye.
by the time dia tidur. ngan aku sekali tidur yea.
walaupun aku berperasaan macam, ok dia dah tidur ni lets layan youtube bla bla bla.
percaya tak..in 20 mins aku sedar aku dah tersengguk-sengguk depan laptop.
lupakan je la. tutup n mari tidur.

so tang mana i nak curik masa tu?
how about weekend peej? weekend ada je masa..update la time tu.
well well well.
mari tengok weekend kak jah ye.

ni adalah aktiviti for the past 2 months.


exhibition at melaka last Oct.
if exhibition jumaat dah turun set up booth.
kita orang bukan feeling diva yang semua nak orang uruskan. tampar kang.
kita sama-sama bekerja sama ye.
kalau booth kat KL takpa. tapi if out station kita orang tolong sama uruskan.

:: wearing Fame code : Nude ::




walaupun penat tapi we had fun.
prob kita orang pulak sebab kita orang blogger.
bila ada booth, readers mesti if datang nak jumpa.
kalau salah sorang takda pun nanti ada yang sanggup lepak mana2 dulu n datang balik.
sebab nak jumpa kita orang.
so nak tak nak memang kena ada kat booth tu.
takpa sebab kita orang pun masih baru kan.
kang dah makan tahun, takda sapa pun dah heran nak jumpa ke apa. kah kah kah.

:: wearing Fame code : Topaz ::

usually if booth akan stay sampai isnin
sebab booth usually akan habis lewat around 12am.
nak tutup apa semua. mesti letih..so tidur semalam n isnin baru balik.
tapi since tak jauh n aku ada anak kecik.
aku dapat kelonggaran balik awal.
awal tak awal la. kul 6pm aku gerak ke hotel.
nak mandi apa semua. rehat jap. siap tidur.
sebab penat kan. kang aku drive n penat tak elok pulak.
so around 10pm jugak la baru gerak balik KL.
drive sensorang layan perasaan. :)

setelah penat bekerja.
kadang mari la kita makan sedap-sedap.
seee sebab tu i kata kita orang ni kalau tak ada event, kerja menimbun, tak pun makan sana sini.
walaupun makan sedap. tapi makan also adalah mengambil masa ok.
dah la aku sejenis bila tak ada kat office jiwa tak tenang.
hehehhe. walaupun staff boleh handle. tapi i suka jiwa tak tenang.
patut la darah tinggi. tah apa2 perangai. heheh.


makan-makan di chilis..tetiba tina memberi kejutan..
dia nampak filla update. terus dia mencari kita orang. hahha
sebab dia pun ada kat chilis time tu rupanya.


:: makan je la kerjanya kan. tapi walaupun konon jiwa tak tenang teringat office. time makan licin jugak la semua ni. hahaha ::

then last oct jugak one of our top stockist buat event for their agents.
Ya Allah kadang rasa nak nangis mengenangkan berderet benda kena buat on the weekend.
ada je program. i is very tired n i need rest.
i'm sleep deprived u know.
rasa taknak pergi. tapi tak boleh la kan. orang harapkan kita pergi.
n kena la support sebab tanpa stockist n agents kita pun tak leh bergerak.
ingat wakilkan je la filla n elly pergi. tapi takleh gitu katanya.
so marilah kita.

tapi thanks to elly, since rumah kita orang dekat.
so selalunya dia yang akan pick up aku n drive pergi event.
thanks sis *peluk ketat di alam maya, sebab di dunia nyata i tak suka peluk*



tema adalah bollywood.
kau jangan lah..aku masa untuk diri sendiri pun takda.
apatah lagi nak shopping n berbollywood kononnya. tak payah ye. hahaha.
so pakai je apa ada sis.
n elly ada pottu..so biar la kita orang boria 3-3 pakai pottu yang sama.

nasib kat situ filla je berucap. i takyah.
kalau tak tercungap2 lak nanti segan. heheh.
tapi q&a question aku banyak gak la cakap. huhuh
sebab bab ni aku paham sikit esp bab nak handle customer.
sis berpengalaman..

then before balik tu, session amik pic.
sis terkejut n rasa seperti kim kardashian sebab orang bergilir-gilir nak amik pic ngan sis.
heheh segannya.
mostly pun agents kami adalah readers.
kalau tak pun bukan reader, tapi since agent so nak la amik pic ngan founder.
Ya Allah tolong nak pitam lak type tu.
poyo nau. padahal aku ni manusia biasa yang suka duduk opis n duduk sebalik pc.
aku tak suka nak ke tengah macam ni.



walaupun orang akan cakap, eleh kalau tak suka asal jadi blogger?
terima la kenyataan.
hek kau la. aku blogger ye. maknanya aku suka membebel n menulis.
kalau aku suka ke tengah..aku akan menjadi artis. mungkin aku dah popular n meletop seperti Adele..
wahhhh nak retis top n lawa terus. hahahha.
faham tak maksud sis?

tapi still i appreciate each n everyone of u.
cuma maybe aku tak dapat tunjuk dengan perbuatan.
tapi kalian semua dalam doa ku. :)


yang baju biru tu la stockist kita, Letchumy.
so ni some of her agents.
yang datang ni hanya 1/4 je daripada all of her agents.

then dah sabtu kau keluar bagai.
hari ahad hari untuk suami pulak.
so marilah kita testing bawak anak pergi mall for the first time.
so ahad tu ke klcc kita.
Alhamdulillah Hannah behave.






shopping sikit je. heheh.
sikit tak sikit pun terus dapat membership.
kawan aku terkejut. dia kata kumpul resit..cecah sekian boleh dapat membership.
kak jah hari 1st pergi terus dapat membership. hahaha. ngeri ni.
bahaya betul la.


lepak tak lama.
walaupun hannah behave.
tak sampai 2 jam kau.
tak pernah aku pergi klcc dua jam je. hahah.

tu takpa tu takpa.
dah la baru dapat membership.
macam setan minggu depan tu dapat sms kata ada sale kat mothercare.
kong ajaq sangat ni.
terus minggu depan tu ajak repeat KLCC. hahaha.
plus hannah pun nak masuk 3 bulan time tu.
harus la beli baju baru. banyak tak muat dah.
wahhh kau nampak alasan tu. hahaha.

as usual selfie itu perlu.


cantik berseri manis sekali kak jah kan.
tapi dapat kat laki aku kau tengok macam mana punya ngeri pic dia amik.
dia betul nak tunjuk mak ngan anak double chin tak hengat ke apa ni?


serious laki aku ni kena belajar la teknik bagi pic bini nampak semenggah.
i amik pic dia molek je ok.


walaupun dia masih ngan konsep poyo dia nak pandang tempat lain.
tolonglah dah ada anak pun amik pic nak feeling macam model ke apa?

 :: me n kominyo kominyi ::



ni je la pun.
bangun nak susu je.
i nak shopping pun tak tenang.
dah la apak dia walaupun leh handle tetap pedengki nak jugak aku ada sama.
so hanya mampi beli baju je kasi borong kat mothercare tu.
nak tengok benda lain tak sempat. *mata keatas*
lepas ni aku nak shopping memang aku gi sendiri je.

dah la hannah ni hari tu kemain berak bocor.
baru nak sambung beli baju kat M&S pulak.
tetiba dia nangis. angkat je bocor. hahaha.
ngeri hannah. hahhaha
pastu pergi baby room tukar tu.
nak basuh kat sinki takut orang marah ke apa.
gigih la mak bersihkan pakai wipes.
sekali relax ada akan tu kat sebelah anak besar masuk kat singki tu cibuk. hhahah.
so kisahnya sekarang boleh ke tak masukkan anak kat singki baby room tu untuk cibuk?
ke takleh uolls? sorry i noob.



pergi pakai baju lain. balik pakai baju lain.
heheheh. dasyat hannah ni tau. :D

then ahad pulak plan ke rumah pedd.
sebab pedd pindah rumah baru.
n ada sekali tu dia buat birthday party anak dia.
aku tak dapat datang sebab mama tak sihat pulak.
semua takda, tak sampai hati nak biarkan mama sorang.
so tak dapat la aku attend birthday anak pedd.
n kebetulan pulak mak pedd now tinggal ngan pedd.
n dia tak sihat, mak dia masuk hospital aku tak sempat visit.
so ni sekali harung lah. gitu.

since pedd pun penat sebab sedara mara berturut2 datang rumah dia visit most of the time.
taknak susahkan dia.
so mari bungkus makanan n makan reramai.
takyah susah2 nak masak ke apa.
everything ada sekarang kan

lama jugak lepak. 3-4 hours gitu.
seronok melayan kerenah anak memasing.
then gossip lite-lite.
masing2 busy susah nak jumpa kan.



then kadang on weekedays pun busy.
every day or every other day ada je meeting ke apa-apa program.
selalu orang suka kan kerja luar? konon ala-ala boleh tak buat kerja konsepnya.
berbeza lak ngan aku, aku suka kerja dalam office.
sebab kerja luar macam penat. haha
dah la kalau keluar kena extra effort sikit n melawa.
jangan la, takyah kerja la. nak keluar makan pun penat sebab kena lawa
kalau kak jah cantik semulajadi persis gadis pan asian ke takpa gak.
ni kalau tak bebetul memang hazab la gak.
so boleh tahan la penatnya. hahaha

hari tu ada sekali tu celebrate awal birthday filla.
sebab tau memasing busy n bukan senang nak jumpa.
so bila dapat jumpa.
marilah la kita makan bersama-sama.



makan di red lobster, intermark.
pastu ada lak adegan macam ni.
kau leh nampak tak kemesraan mereka?
n aku yang tak reti benda2 macam ni.


hahah aku tak reti ok.
laki aku suap pun aku tak suka.
takyah nak mengada sangat.
aku pun tak tau kenapa aku macam ni.
tapi aku memang tak reti.
nasib sedap melampau brownies tu.
so i redha. hahhaa.


:: kak jah n selfie memang takleh berpisah. feeling lak tu. nyampah pun ada. tapi nak buat macam mana. tabiat dan jugak tebiat. ;p  ::

then weekend aktiviti lain piuler.
aku ke rumah acu aku.
lama tak jumpa sampai acu dah ada adegan sentap sebab lama nau menghilang.
tapi percayalah aku terlalu sibukkkk...
kau nampak tak betapa aku cuba sebaik boleh bahagikan masa n cuba menjaga hati semua pihak.
padahal badan n perasaan rasa dah tak boleh pergi dah.
no wonder bp tinggi. n berat pun naik.
because im a stress eater. happy eater as well.
maka berat pun naik 10 kg.
makan happykan aku la. ish ngeri.
tapi serious sis penatttt...helppppp...
i just wanna sleep like starfish n be happy.
pleaseeeeee....


tiada pic di rumah acu kecuali selfie di atas.
haha kan aku cakap aku ni tebiat selfie.
lama gak kat rumah acu.
after maghrib baru bergerak.
then kami beramai-ramai ke rumah arip pulak.
sebab arip buat bbq.

hannah tu kesayangan ramai.
so family arip suruh bawak hannah ke sana.
kau mampu sebab hannah je siap ada bbq. hahaha.





eeee tolonglah makanan adalah terlalu lazat ye.
arip ni bbq dia perap sedap nak mampuih.
pastu pesto dia pun sedap sangat tu.
tertelan air liuq lak aku tgk balik pic ni. fuiyooooo...

kat rumah arip ni pun almost 11pm baru gerak.
so nampak tak penat kak jah tu?
penattt weyh.
sebab tu bila ada hari takda benda perlu keluar.
aku taknak keluar. aku nak tidurrrr.
kalau dapat tidur la. kadang anak tak tidur kau nak tidur macam mana?
sob sob sob.
hannah selalu siang suka bergurau senda. malam baru dia tidur tak bangun2.
itu pun dia tidur jenis lewat around 10.30 -11 gitu.

.................................................................................................

ok atas ni aku type malam semalam.
konon nak siapkan.
takda makna. memang aku ngantuk lepas tu n tidur.
very the not cool anymore la iolls ni.

bawah ni pun time makan-makan.
ada jumpa client.
makan kat thai basil, bangsar village.
sedap ni.
actually ada banyak lagi lauk.
tapi client dah sampai idok la kak jah gigih nak snap pic. kah kah.
cover sikit perangai tu.
so dapat snap ni dua aje.




ni pic atas ni hari lain pulak.
makanan kat atas tadi tu hari lain.
see everyday or every other day adaaaa je keluar ok.
mana la tak rasa pitam.


bawah ni pulak feeling lain.
feeling tengok kegheta baru. kah kah kah.
pastu juling2 n kembang2 hidung tengok bermacam kereta kat situ.
pastu berangan. pastu urut dada sambil tenangkan diri.
nafsu serakah semua ini. nafsu ni.

biasa la manusia dan alasan2 nya.
dah ada anak ni tetiba la pulak rasa kereta kecik pulak.
poyooo. cehhhh.
tapi ni feeling je. buat masa ni takda lagi. heheh.

then weekend 2 minggu lepas pun ada event jugak.
stokis KL buat event untuk agents dia.
so again marilah kita pergi.

:: boss Fame yang turun memberi support...wooow boss ke. poyo sangat tu. hahah ::



ni la stokis KL kita, Usmi.
pun salah seorang dari top stokis.
Alhamdulillah. team work dorang pun bagus.
n agents yang datang pun semua lawa je.
kemain semua meletop2 datang.
nasib sis ada baju nak pakai mengikut tema dorang. keh keh.


as usual tak semua boleh turun.
so some je yang dapat join.

then as usual weekdays di selang selikan jumpa orang sana sini selain buat kerja.
so bawah ni kami jumpa mekja.
mekap retis yang rajin review produk Fame.
so hari tu mari meet up n lunch sama-sama



Weekend aku memang ada je program nowadays.
nak nangis sebab i just wanna be starfish n be happy u know.
hahah.

so sabtu ada birthday party family friend.
ada pulak tema pirate.
aku memang takda masa la nak bertema sangat.
nak keluar pun ala-ala takda masa je.
ni pulak nak bershopping.
tapi tau la noy kan benda2 macam ni dia semangat.
so sempat dia mencari pulak segala barangan pirate ni.
so sekeluarga pirate la kita orang sabtu lepas. hahah.




:: si hannah pun baby pirate. aaa comel geram ::






then sabtu settle birthday party.
ahad attend another event pulak.
so ke majlis MUA adik beradik Ferra n Yana.
Birthday anak Ferra n Aqiqah anak Yana.
buat sekali.
so kita orang bertiga dapat jemputan marilah menghadirkan diri.

walaupun letih rasa macam seret2 je kaki nak pergi.
tapi tiada penyesalan. sebab makanan semua sedap melampau ye.
terus kak jah mendapatkan contact2 catering itu semua.
untuk majlis kak jah di masa akan datang. wooow


sorry kak jah keletihan nowadays
memang dah tak gigih amik pics semua.
dulu rajin sangat kan.
ye la usia semakin meningkat uolls.
dah tak energetic seperti muda-muda dulu.
so apa yang ada je la ye.

seee..nampak tak busynya kak jah.
i tak tipu ok.
memang busy.
entry ni berapa kali bersambung tau tak.
aku start type isnin malam.
ni khamis baru siap weyh.
berapa hari sambung tah..heheh. takpa la janji siap kan. :D

berjumpa lagi kita nanti .
tapi tak janji bila yea. hehehe

xoxo